Assalammualaikum,
Buat pelanggan yang dihormati, bersyukur saya kepada Allah kerana dapat merealisasikan impian saya untuk menceburi perniagaan barangan perkahwinan. Sudah lama saya impikannya!!! Bermula dengan bidang photography perkahwinan, kini saya beralih pula ke bahagian souvenir perkahwinan. Setelah saya berumahtangga, saya tidak dapat menumpukan pada bidang photography lagi kerana focus yang tinggi perlu diberikan dalam menghasilkan kerja yang baik. Tetapi sebab minat yang mendalam pada keindahan alam perkahwinan, saya memilih bidang ini disamping kerja tetap saya sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Idea bun ini bermula apabila saya melihat banyak cenderahati perkahwinan sekarang seperti cup cakes, muffin, cake diberi kepada tetamu yang hadir. Di situlah timbul idea kenapa tidak bun yang cantik, menarik, pelbagai rasa ini perlu diketengahkan. Disamping mengenyangkan, tuan rumah juga tidak perlu pening kepala dengan memasukkan pelbagai cenderahati di dalam beg-beg kertas yang akhirnya kebanyakan barang itu hanya hiasan dan membazir!!!.
CUBALAH BUN INI DI MAJLIS ANDA !!!